Lifehack logo

Bagaimana untuk menjawab soalan tinjauan?

Disini saya akan kongsikan kepada anda helah untuk menjawab soalan tinjauan (survey) tanpa di-reject

By Abdul Raffi JunaidiPublished about a year ago 3 min read
Tahniah akhirnya tinjauan anda diterima selepas membaca artikel ini

Disini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk sentiasa dapat menjawab soalan survey supaya tidak ditolak.

Kebanyakkan daripada kita tidak suka untuk menjawab soalan tinjauan kerana senang ditolak. Ye lah, soalan dah nak siap, tapi tiba-tiba kena tendang. Siapa je tak marah dan tak puas hati.

Tahukah anda untuk menjawab soalan tinjauan ada strategi supaya tinjauan anda sentiasa diterima. Sebelum kita pergi jauh, meh saya kongsikan kenapa syarikat tinjauan suka untuk menolak tinjauan kita.

Antara sebab utama adalah kerana kita bukan golongan sasaran. Ini bermaksud kita bukan orang yang mereka cari. Mereka hanya akan memilih golongan yang sudah ditetapkan didalam sistem mereka sahaja. Jadi, kalau anda nak sentiasa dipilih, anda perlu membaca artikel ni sehingga habis.

Pastikan anda mengikut betul-betul strategi ini untuk sentiasa dipilih dan tidak ditolak. Jom kita mulakan.

Pada paparan mula untuk setiap tinjauan anda perlu menjawab beberapa soalan peribadi.

Disini kita banyak buat silap.

Kita selalu isi tinjauan dengan berbohong atau terlalu jujur. Selalunya, sistem boleh mengesan sekiranya kita berbohong. Jadi, tips pertama untuk menjawab soalan tinjauan adalah jangan berbohong dan jangan juga terlalu jujur.

Ingat! Sebelum menjawab tinjauan, anda jangan menggunakan avatar anda. Anda perlu menggunakan avatar orang lain. Maksudnya, secara luaran anda yang menjawab tinjauan, tetapi pada dalaman adalah orang lain. Mungkin anda kurang faham apa yang saya ingin sampaikan. Biar saya memberi contoh.

Contoh: Nama sebenar anda adalah Siti dan sekarang duduk di Pekan, Pahang. Semasa anda menjawab soalan tinjauan, anda perlu membayangkan anda adalah Haliza yang duduk di Kuala Lumpur dan bekerja kerajaan. Paham setakat ni?

Itu yang saya maksudkan jangan berbohong, tetapi dalam masa yang sama tidak terlalu jujur. Bayangkan sahaja kita menjawab soalan survey ini seperti kita ingin tolong jawabkan untuk orang lain.

Selalunya saya bayangkan kawan saya yang sedang bekerja sebagai polis di Kuala Lumpur. Tak tipu. Sebab orang tu wujud kan. Ye lah, mereka mana ada masa nak jawab tinjauan-tinjauan ni. Kita tolong jawabkan la.

Saya harap anda faham dengan apa yang saya kongsikan di atas. Dan selepas ini kita akan pergi kepada apa kriteria-kriteria wajib yang perlu ada semasa anda mengisi soalan peribadi. Jom kita mulakan.

Disclamer: Apa yang saya kongsikan adalah daripada pengalaman sendiri dan rakan-rakan. Sekiranya ia berjaya untuk kami sepatutnya ia juga berjaya kepada anda.

Kriteria-kriteria wajib tinjauan supaya senang diterima

  1. Pilih Lelaki atau Perempuan
  2. Letak umur 25-35
  3. Kawasan tempat tinggal letak Kawasan Bandaraya (Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuching)
  4. Status Berkahwin dan mempunyai Anak Satu atau Dua
  5. Letak pekerjaan profesional seperti Jurutera dan Kerja Sepenuh Masa
  6. Pendapatan RM2500 keatas serta gaji tahunan RM30,000 keatas
  7. Tahap pendidikan Ijazah Sarjana
  8. Jika soalah membuat keputusan, mesti jawab anda membuat Keputusan Utama
  9. Jika soalan pernah menjawab soalan tinjauan, Jawab Tidak Pernah
  10. Perlu di ingat jangan letak apa-apa sekiranya ditanya berkaitan dengan bekerja dibahagian pengiklanan atau pemasaran, sama ada anda atau ahli keluarga atau kenalan, pilih sahaja Tidak Berkaitan
  11. Jawatan Profesional, Eksekutif atau Kolar Putih
  12. Soalan skala mesti banyak 9-10
  13. Soalan minat, Beri Jawapan Positif

Ni adalah antara soalan-soalan yang wajib, dan kalau boleh ikut kriteria-kriteria ni dan anda akan dapat selesaikan soalan tanpa ditolak lagi selepas ini.

Dah tahu macam mana nak jawab, tapi tinjauan mana yang berbaloi?

Kenapa saya kata mana satu berbaloi? Ye lah, lepas penat-penat jawab, dapat reward point je macam Swagsbuck. Tak pun kena tunggu sampai 10-20 USD bru boleh rasa duit macam ySense. Kalau anda nak tinjauan yang bagi duit terus tanpa perlu kumpul, teruskan baca.

Tinjauan yang saya akan kongsikan ni akan bagi anda $1 setiap tinjauan yang anda selesaikan kedalam akaun PayPal anda.

Senang kan. Tak perlu nak kumpul-kumpul dah. Jawab, selesai, pastu dapat duit. Diorang senang, kita pun senang.

Tinjauan yang saya maksudkan adalah Surveytime. Website ni memang ramai dah guna. Ni saya kongsikan ulasan orang-orang luar berkaitan dengan website ni.

4.4 Stars dari Truspilot
"Buat tinjauan dan terus dibayar" - Fatima Hassain
"Ini adalah website tinjauan yang paling cepat membayar" - Don Cesare

"Saya tidak ambil serius dengan Surveytime selama beberapa bulan, tetapi semalam saya dapat duit melaluinya masuk ke dalam PayPal dengan pantas" - Iftikhar Ahmed.

Dah la cepat dapat duit, website pun ramai dah orang guna dan dapat duit. Pastu, tunggu apa lagi. Apply lagi cepat la sign up Surveytime.

Tekan je link tu kalau malas nak type. Tekan link, sign up, pastu jawab survey ikut strategi kat atas, pastu dapat duit. Senang. Jadi, semoga berjaya kumpul duit dengan website Surveytime.

>> Link ke Surveytime.

how to

About the Creator

Abdul Raffi Junaidi

I will write anything that can help improve people's lifestyles.

Enjoyed the story?
Support the Creator.

Subscribe for free to receive all their stories in your feed. You could also pledge your support or give them a one-off tip, letting them know you appreciate their work.

Subscribe For Free

Reader insights

Be the first to share your insights about this piece.

How does it work?

Add your insights

Comments (1)

  • Abdul Raffi Junaidi (Author)about a year ago

    boleh tekan link untuk ke website Surveytime. Ada dalam artikel dibawah sekali.

Abdul Raffi JunaidiWritten by Abdul Raffi Junaidi

Find us on social media

Miscellaneous links

  • Explore
  • Contact
  • Privacy Policy
  • Terms of Use
  • Support

© 2024 Creatd, Inc. All Rights Reserved.