Lifehack logo

Padah membuat dua akaun Surveytime

Boleh ke buat dua akaun Surveytime? Surveytime "block" akaun?

By Abdul Raffi JunaidiPublished about a year ago 3 min read
Jangan jadi macam Mael ye gais

Setelah anda membaca artikel saya sebelum ni berkaitan dengan "Bagaimana untuk menjawab soalan tinjauan" ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

Ye lah, setelah berjaya dan senang nak dapat duit, ada perkara yang kita akan terlebih dan terlepas pandang.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah daripada pengalaman rakan saya. Beliau berjaya mengumpulkan banyak duit hasil daripada tinjauan di website Surveytime.

Tetapi malangnya beliau telah di "banned" daripada membuat tinjauan di Surveytime atas tindakan beliau yang saya akan kongsikan dalam artikel ni. Teruskan membaca.

Ye betul. Surveytime mampu menjana duit sehingga $100 sekiranya anda seorang yang rajin untuk menjawab survey. Tetapi ada satu perkara yang anda perlu elakkan supaya anda tidak di "banned" di Surveytime.

Kisah sedih si Mael

Mael (bukan nama sebenar) sedang menjawab survey di Surveytime. Oleh kerana beliau selalu membuat survey, Surveytime akan memberi info bahawa tiada survey lagi di masa ini dan perlu menunggu email dari pihak Surveytime.

Untuk pengetahuan, Surveytime akan memberitahu anda melalui email bahawa ada survey yang tersedia (available) untuk dijawab.

Jadi saya sarankan anda yang sudah sign-up Surveytime untuk selalu membuka email.

Ok kita teruskan.

Oleh kerana Mael tidak mahu menunggu, maka beliau membuat satu lagi akaun baru. Dengan harapan supaya Surveytime memberi beliau survey yang "fresh" untuk beliau jawab.

FYI, membuat dua akaun adalah salah satu helah dalam survey. Dengan membuat dua akaun, survey akan di-"reset" dan anda berpeluang untuk menjawab survey baru dan jana pendapatan.

Tetapi saya kurang menggalakkan kerana ada risiko yang akan anda hadapi, dan risiko ini terjadi pada Mael.

Apabila selesai menjawab survey di Surveytime menggunakan akaun baru, akan keluar paparan seperti ini.

Surveytime akan memberi pilihan kepada anda "reward" yang anda inginkan

Setelah itu, Surveytime akan meminta nombor telefon untuk identifikasi. Ini hanya semasa "sign-up" untuk "user" yang pertama kali sahaja. Dan nombor identifikasi perlu diletakkan di dalam kotak ini.

Nombor identifikasi akan diberikan melalui nombor phone yang anda sudah "link" kan pada PayPal

Setelah berjaya memasukkan nombor identifikasi, tiba-tiba akaun baru Mael di "block" dan beliau tidak dapat untuk "sign-up" kembali ke dalam Surveytime.

Tidak lama kemudian beliau mendapat email ini dari Surveytime.

Putih mata si Mael seperti putihnya email ini

Dengan rasa sedih dan hampa, beliau pun membuka akaun utama Surveytime dengan harapan ada survey yang sudah tersedia.

Untungnya Mael ketika itu, ada survey baru dan Mael menjawab sehingga tamat.

Tapi nasib tidak menyebelahi Mael.

Apabila keluar paparan untuk meminta memilih "reward", tiba-tiba akaun utama beliau di "block". Situasi sama berlaku --- sama seperti akaun baru tadi.

Mael pun terpinga-pinga dan tertanya-tanya kenapa akaun beliau di "block". Dan Mael pun tersedar atas kesilapan beliau.

Tamat

Mesti anda terpinga-pinga dan tertanya-tanya seperti Mael, kenapa beliau di "block" kan? Kalau nak tahu, teruskan membaca.

Mari kita buat analisis

Berdasarkan kisah di atas, kita tahu beliau membuat dua akaun Surveytime. Adakah itu penyebabnya?

Tidak

Ada lagi satu sebab utama yang saya tidak kongsikan dalam kisah Mael tadi. Dan saya menyeru agar anda yang mempunyai akaun Surveytime untuk tidak mengikut ajaran Mael.

Kalau bukan buka dua akaun, apalah penyebabnya?

Di dalam kisah tadi, Mael berjaya menjawab survey sehingga habis. Kemudian, semasa ingin mendapatkan "reward", Mael di "block".

Nampak. Disitu adalah penyebabnya.

Mael "sign-up" menggunakan akaun Gmail yang baru, tetapi pada masa yang sama, Mael menggunakan akaun PayPal yang utama.

Maksudnya, Mael ingin "reward" yang diperolehi daripada akaun baru masuk ke dalam akaun utama PayPal.

Ini adalah penyebabnya.

Ingat! Aktiviti ini adalah melanggar "Term and Services" Surveytime.

Salah ke buat dua akaun?

Adalah tidak salah untuk membuka dua akaun yang berbeza untuk Surveytime, tetapi pastikan akaun PayPal anda adalah sama dengan akaun Gmail anda. Dan bukannya menggunakan akaun Paypal yang sudah di-"link" kan dengan akaun Surveytime yang utama.

Kesilapan yang kecil ini membuatkan Mael bukan sahaja kehilangan akaun baru, tetapi juga akaun utama.

Oleh itu, sekiranya anda membuat duit dengan Surveytime pastikan anda tidak melakukan seperti apa yang Mael telah lakukan. Marilah kita belajar dari kesilapan Mael.

Sekadar Peringatan

Walaupun Surveytime mampu menjana side-income, tetapi saya sarankan jangan habiskan masa anda untuk menjawab survey. Ini kerana menjawab survey amatlah memakan masa.

Jadi saya syorkan jawablah satu survey sehari. Sebulan boleh la dapat $30. Konsisten adalah lebih baik. Walaupun hanya mampu membuat $1, tetapi lama-lama akan jadi bukit.

$1 tu pun tetap duit. Lebih baik ada, daripada tiada langsung. Dapat $30=RM130 untuk sebulan, banyak dah tu. Tak perlu dah usik duit gaji.

Kalau nak cara yang tidak perlu modal untuk "start" dan tak perlu cari orang. Ni adalah caranya.

Tapi, kalau nak untung lebih, perlulah modal dan perlulah cari orang, dan jangan pula sampai kena "scam".

Ingat! Semakin besar untung yang anda nak, semakin banyaklah perkara yang perlu anda lakukan.

Akhir sekali, semoga anda dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Selamat menjana duit dimana sahaja anda berada. Gerak dulu.

how to

About the Creator

Abdul Raffi Junaidi

I will write anything that can help improve people's lifestyles.

Enjoyed the story?
Support the Creator.

Subscribe for free to receive all their stories in your feed. You could also pledge your support or give them a one-off tip, letting them know you appreciate their work.

Subscribe For Free

Reader insights

Be the first to share your insights about this piece.

How does it work?

Add your insights

Comments

There are no comments for this story

Be the first to respond and start the conversation.

    Abdul Raffi JunaidiWritten by Abdul Raffi Junaidi

    Find us on social media

    Miscellaneous links

    • Explore
    • Contact
    • Privacy Policy
    • Terms of Use
    • Support

    © 2024 Creatd, Inc. All Rights Reserved.